KUALA LUMPUR , 30 Ogos -- Wajah setem kenang-kenangan berimejkan menara berkembar Petronas dikeluarkan sempena penerimaan anugerah "The Aga Khan Award for Architecture" bagi tahun 2007. Pos Malaysia akan mengeluarkan setem berkenaan bersama Sampul Surat Hari Pertama pada 4 Sept ini. Pelancaran setem dan sampul surat khas itu akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Penganugerahan "The Aga Khan Award for Architecture" di Dewan Fillharmonik Petronas. --fotoBERNAMAHAKCIPTAMB*TERPELIHARA